Saturday, October 1

1 Bulan 12 Hari lagi.



SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 -14 NOVEMBER 2011,



Tuhan, pantasnya masa yang berlalu tu. Rasa takut, berdebar, tertekan.. Semua rasa ada =.='
Tanpa aku sedar, aku akan tamatkan zaman persekolahan aku. Dan yang paling sedih, aku akan tinggalkan kawan kawan aku. Nak jumpa macam selalu , isnin sampai jumaat. Aku mesti akan rindu pehimpunan pagi, lagu sekolah, ikrar sekolah, tidur time perhimpunan, tidur dalam kelas sebelum cikgu subjek hari tu masuk, borak sampai lebam, ketawa sampai keluarkan air mata, kegilaan aku dan mereka, cikgu cikgu yang sporting plus best.
Kawan-kawan yang terbaik plus terhebat, -membe ostel dan classmates, mereka yang SEMPURNA.
Yang menyempurnakan dan melengkapkan hidup aku. Aku sangat sangat menhargai hari hari aku bersama mereka. Aku tak pernah lupa tu. Tak kan pernah.




Dari hari pertama, aku datang kat sekolah tu dan jadi penduduk separuh tetap kat seremban tu. HAHA!
Series aku benci tu , aku susah nak sesuaikan diri aku bila dalam keadaan baru atau suasana yang baru macam tu..Plus, aku baru first time duduk hostel. Then jauh pulak dgn parents aku. Ya Allah waktu tu, memang dah down gila la. Dah rindu ibu ayah ketat ketat la. Tapi tu la kan, tuhan tak pernah salah dalam mengatur hidup setiap hambaNya. Semuanya tampak sempurna, hebat. Dan aku akui itu.




Korang semua adalah insan insan terhebat yang pernah berlaku dalam hidup aku.
Kenangan terindah yang tak akan aku luputkan dari kotak hati dan minda aku.
Terima kasih sebab selalu ada untuk aku dalam apa jua keadaan susah senang,
sakit dan jatuh bangun aku, sedih plus gembira yang menghiasi di setiap genap dan ruang
hidup aku. Aku kuat sekarang sebab korang, mungkin tanpa korang. aku akan tetap macam tu.
Terima kasih sebab tak jemu jemu bagi aku kekuatan dan semangat.
Kini semua memori indah tu berputar kembali, Ya Allah hebatnya jalan cerita hidup aku yang kau telah kau tetapkan dari Loh-mahfuz lagi. Aku sebagai wataknya dan engkau sebagai penulis terunggul tu :)
Terima Kasih tuhan,



No comments:

Post a Comment