Sunday, March 11

10 March 2012



Hye, baby boo ♡ Imissyoualready :')Yes, hari ni memang kitaorang plan nak hang sekali.
Tapi semua mcm tak sure. Ada yg tak conform lagi. Tak pe, aku paham. Biasalah, last minute tu benda biasa pd aku :) Hari jumaat malam tu, aku sibuk dgn parents aku ada kenduri Tahlil untuk arwah atuk and arwah wan :')
Then, Lisa ckp nk text aku malam tu tapi aku tunggu gak =,=' tak de pun :') Tp aku still tggu. Last last aku yg text dia. Tapi, aku tunggu punya tunggu, --' hai? Sunyi je, dah tido ke? Tak reply gak, sudahnya aku pun tertidur :) Later, aku sedar pukul 9pg mcm tu. Aku tgk phone, ada 2 miscall and 2 text dari Lisa :) Aku excited nk baca text dia, igtkan jadi. Bila aku baca, sedih sgt. Lisa tak jadi ikot, ada outing family. Aku paham sgt, tapi tiba tiba ayah dtg. Ayah tanya, '' Kakak nak keluar g mana? Nak tengok ceta apa?'' sambil tu ayah usap kepala aku :/ Aku pandang ayah, then tiba tiba air mata aku gugur. Ya Allah, aku ni dah kenapa? =,=' Aku ckp dgn ayah, '' Tak, tak jadi. Lisa tak jadi dtg''. :'( Mula mula perlahan je, tiba tiba laju pulak dia gugur :/ Lepas tu, aku berkurung dalam bilik.Sambil mengenang emosi aku yang entah pape ni =,=' Serious doh, aku  ni dah kenapa? Benda kecik mcm ni pun, aku boleh menangis :( Senangnya dia gugur :/

Later, Lisa call :) Bila dia call tu, aku seboleh boleh nk cover suara aku sebaik mungkin. So, dia tak akan perasan :) Tapi tu la baby boo aku, dia dah terlampau kenal aku :) Dia tahu bila aku sedih, bila aku terlebih happy. Hmm, aku tak nak kau rasa serba salah pun :) Tapi ayah buat aku sebak doe plus rindu sgt nk jumpa kau :/ Tapi betullah ckp org, I'm still daddy baby girl :)

My baby boo, aku rindu gila kat kau :) Rindu nak borak dgn kau, rindu nak ketawa dgn kau, rindu nak dgr story love kau tu :) Serious doh, i really really miss that moment :') Imissyou and iloveyoumore




Tuesday, March 6

'' Langit tak selalunya cerah ''


Kata orang, '' Hidup tak selalunya indah lagi lagi langit? Langit pun tak selalunya cerah ''
Yang penting, Tuhan tak kan pernah bagi sesuatu diluar kemampuan kita. Jadi, bersyukurlah dgn masa masa  kebaikan kita apatah lagi masa masa keburukan kita :)

Wednesday, December 14

At last :)




Blog, thank god.. At last the ends of my paper... WOW! Rasa lega tahap perghhh, tak tahu macam mana nak ckp dgn kata-kata... Penat sebenarnya blog, otak dah tepu kot... Tapi tu satu pengalaman yg aku tak akan pernah lupa :) Series, aku mesti akan rindu alam persekolahan.. Okay ( aku dah mula rindukan mereka ) .....


Blog, rindu kau :)
Kau nak dengar cerita tak, before tu.. Petang tadi aku jumpa amoi :) 
Time kat sekolah tengah hari tadi, aku ada paper ekonomi rumah tangga...
Then, tak silap aku time tu pukul 11 lebiy before paper habis pukul 12 tgh hari...
Aku duduk kat depan sekali sbb nama aku first sekali kat senarai nama kelas...
Later, aku dgr kerusi tolak.. At first, satu dua kerusi.. lama-lama makin banyak pulak...
Nak pusing belakang, tak boleh pulak.. Nanti kang ckp meniru pulak...
Then, aku decide untuk teruskan usaha menulis dalam kertas jawapan tu..
Later, ada pegawas perempuan cina, dia dtg kat meja aku plus ckp '' okay, awak ada 10 minit lagi ''
Aku jadi pelik sbb before ni, dia akan buat pengumuman... Aku pun bermonolog la, apa lagi..
'' aku tinggal seorang je ke ?'' Tapi lepas tu, aku terus sambung lagi sampai habis masa tu..
Before tu, aku lupa nak cakap, kau tahu blog.. aku rasa aku dah jatuh suka dekat pengawas lelaki cina tu... Dia, OH GOD... Dia kemas, good looking, and aku suka cara dia... Ada keyakinan plus dia sentiasa cool je :) WOOW! HAHA! Aku suka lelaki macam tu, 


Aku suka cara dia je, tak ada maksud lain pun... :) Okay, sambung balik...
Sebelum tu lagi, kau tahu blog.. Aku dah lama, teringin nak naik atas pentas, nak sign kat paper back exam tu sebagai saksi... Then, at last dapat juga :)
Seronok :)
Okay, nama pengawas lelaki cina tu DAVID.. Nama pun dah syok, haiyoo! 
Dia naik pentas, then pandang aku dari atas tu.. Aku apa lagi cover habis la... HAHA!
Then, at last masa aku pun habis... So, merdeka la saya :) Yeaaaahhhhh!
Okay, bila aku angkat kaki nak keluar dari dewan tu... 
Aku pandang belakang, Bermonolog dlm hati "HAH ? Aku seorang je ke ? Mana yg lain pergi ?"
Then, aku pandang pengawas tu.. "heheh, sengih je la"


Blog, aku type ni plus tekak yang rasa sakit sgt... Sbb tercekik tulang ikan...
Tu la makan tak baca doa dulu... Kan? Padan la dgn muka aku... HAHA!
Setiap kali nak telan air liur, WOOW! Rasa dia macam.... Dah minum air, dah makan nasi semua...
Tapi tulang ikan tu tetap tak nak turun... Ayoyoyoyoo...
Tahan je la nampaknya, layan je la kan....


Blog, sorry aku dah lama tak online blog... :)
Last week, kena demam teruk... Nak bangun pun tak larat... Plus nak pergi kat kau, type sana type situ.... Lagi la tak mampu...
Tak silap aku, almost a week aku demam panas....
Selsema jangan cakap la, Blog, hanya tuhan je yang tahu :(
Tak lama lepas tu, aku dapat batuk.. WOOW! Cantik ah! Satu pakej gayanya tu :)
Aku just makan panadol,ubat selsema,vitamin C and air hundred plus...
Tak jumpa doktor pun, MALAS! Nak bangun pun aku dah rasa macam nak tidur balik...
Sepanjang aku demam, kerja aku tidur je... HEHEH!
Aku pelik sangat time tu blog, 
macam macam ubat aku makan, rasa macam dah ketagih ubat pun ada... HAHA!
Then, esok tu berpeluh... Okay, aku ingatkan dah sihat tapi tak gak kebah...
Petang tu panas balik... macam tu selanjutnya sampai la satu minggu...
At last kebab gak :)


Aku ingat lagi blog, ada satu malam tu... Badan aku panas sangat, plus hidung tersumbat..
Aku asyik bersin je, then, entah macam mana entah tiba tiba aku rasa tak boleh nak bernafas..
Berada dalam keadaan macam tu, menyesakkan otak dan dada aku...
Try nak panggil ibu, ayah and yang lain tak dapat... Susah nak cakap, apatah lagi nak bernafas...
Dalam 15 saat lebih macam tu, (aku rasa ) lepas tu pernafasan aku macam biasa balik...
Alhamdullilah,,
Lepas aku dapat balik nafas aku, aku terduduk plus termenung...
Ya Allah, macam mana la nanti bila merasa mati tu kan ?
Then, aku buka tingkap, malam tu angin kuat sangat...
Aku ingat lagi time tu nak dekat pukul 2 pagi... Mata aku jangan cakap la, memang berat sangat...
Dalam otak aku time tu, aku nak tidur je lepas aku makan macam macam ubat..
Tapi aku tak boleh, sebab kesusahan aku nak bernafas time tu buat aku lagi pening macam nak tidur,...
Time tu, semua dah tidur...
Bila aku duduk termenung macam tu, macam macam aku fikir dalam otak aku...
Tambah lagi dengan angin malam, aku rasa macam dekat dalam drama melayu pun ada... HAHA!
Memamg, tambah pula dengan lagu sedih... Ayooyooyyyoooo...
Menambahkan emosi je malam malam buta macam tu...


Blog, aku dah ada tabiat buruk yang baru...
Aku tak boleh duduk dalam kereta lama lama atau duduk dalam kereta time perjalanan jauh...
Lagi lagi time tu waktu makan, then aku tak makan lagi or terlambat makan je...
Mula la aku, rasa pening la, apa la... Aku ingat lagi, ayah berhenti je kereta... Buka je pintu...
Keluar la terus segala isi dalam perut aku... Kesian jalan tu, habis teruk kena dengan muntah aku...
Sorry, reaksi spontan...
Aku rasa kan blog, minggu tu minggu tak berapa baik untuk aku...
Macam macam benda pelik berlaku....


Aktiviti bulan ni, DRIVING CLASS :)
thanks ibu :) 
Then, the ends of the story :)







Sunday, November 27

Sebuah Kehidupan..

25 Nov 2011 :


Blog :p
Masa untuk aku mengarut... Kan? HAHA!
Penat sangat hari ni... Macam macam aku buat :)
Start pukul 4ptg, aku and ibu ayah dah start angkat barang...
Kau tahu, ayah sibuk sibuk nak kemas gak... Tapi, macam biasa, ayah tetap nak sibuk kan diri gak...
Penat dah halang, tapi degil gak.. Then, ibu cakap '' degil dia macam kau gak kak ''
Okay ibu, saya tahu tu :)
Sis pulak, dari pukul 3ptg, tak habis habis dgn bunga hidup dia tu...
Takut mati la, apa lah... 


24 Nov 2011 : 09.00 malam


Aku ingat lagi....
Semalam lepas sis amek aku kat cheras ( jumpa amoi )   :p
Then, singgah pergi makan jap...
Sis cakap dari pagi dia tak makan... ( sibuk sangat sampai lupa nak makan ) :)
Later, sis dah kenyang... Apa lagi '' home sweet home ''
But sebelum tu sis cakap '' Kak, kau drive la, penat doe ''
Then aku cakap '' Okay, jom... Aku on je.. Tapi kau jangan kecoh pulak kalau bunga kau melayang  
                              nanti plus kau pun hilang... Tak bertunang la kau esok ''
Sis ketawa bahagia :)


Later, akif call ( bakal abg ipar ) :)
On the phone,
Yang peliknya tak penat ke asyik call je...
Maklum la orang tengah bahagia la katakan ....


25 Nov 11 :


Pukul 5 ptg...
Ada orang hantar meja and kerusi...
Aku dgn ayah yang handle tu.. Hebat tak kami? Usaha sama anak beranak :)
Kau tahu tak blog, sampai bertelagah pendapat dgn ayah...
Yang kononnya, ayah tak suka ni, tak suka tu... 
Bermonolog dalam hati '' ayah ke yang nak bertunang ni ? '' 
( type ni sambil tersenyum senyum ) ,, Ayah ayah....


Malam pulak, 
Tolong ibu and ayah potong bawang untuk makan pagi esok....
Dah lama tak luangkan masa bersama....
Kau tahu blog, malam tu gak abg ayon balik...
Aku ingat dia tak balik... Excited dgr dia balik...


Tak silap aku time tu pukul 11 lebiy...
Aku kat dalam bilik, tolong ibu pasang langsir...
Ibu dah tidur... Then aku dgr suara yang aku rindu sgt nak dgr...
Abg aku balik blog....
Kau tahu blog, dia sampai sampai je dia terus landing kat katil yang aku duduk tu..
Landing sebelah aku...
First words dia, " Akak macam exam? Okay ? "
'' Alhamdullilah, boleh " 
" Okay "
Then dia on the phone...
Tersenyum tgk gelagat dia....
Kau tahu apa dia cakap kat membe dia " Series, aku suka gadis putrajaya "
Dan dia tak habis habis ulang ayat tu...
Aduh! Aku geleng kepala je la... Lelaki semua macam tu... Padahal abg aku tu dh ada gf...
Suka hati kau la abang, selagi kau boleh setia... Kau nak suka sape pun lantak la...
Tapi aku harap sgt abg, kalau suatu hari nanti kau dah tak ada rasa apa perasaan kat gf kau, 
Tlg la jujur..  Sakit sgt bila kau kena bg harapan palsu kat gf kau,,, 
Tak suka tu cakap, jgn buat dia tertunggu atau apa pun la,,,
Lagi lagi kalau kau cakap, kau akan jaga dia, setia dgn dia dan akan selalu syg dia seorang..
Then at last, kau bukan dgn atas kata kata kau.....
Kan? Abang yang tersayang, jadilah org yang pegang dgn kata kata atau sebuah janji...




Next chapter,


26 Nov 11 : 6.30 pg


Pagi pagi lagi aku dah bangun blog, 
Bangun bangun je, ibu dah suruh ni.. Ayah dah suruh tu...
Fuyoo, buat kerja itu ini.. Tak sedar nak dekat pukul 10.00 pagi...
Dah dgn tak siap lagi... Dgn ibu yang asyik membebel.. risau sana sini... 
Buat aku, ayah, kak mah and ayon jadi tension... Ibu ibu,


Aku tak sangka yang abg aku ni gantle gak sebenarnya....
Series tiba tiba, aku tgk abg aku menyapu plus mop lantai.. Fuyoo, superb!
Gila budiman, satu family tergamam... Terberhenti sekejap kerja masing masing...
Macam kat dalam movie la... Yang aku tak tahan tu blog...
Aku keluar jap plus kaki aku kotor, ada kesan hitam.. Dan terus masuk then terlalu pulak kawasan yg abg dah mop... Dia? Apa lagi, tot tet tot tet... Lastly, dia mop lagi sekali, HAHA! 
Thanks abg yang kacak...


Later,aku minta tlg abg ayon, agkat meja kecik tu sbb berat sgt...
Then dia cakap, " alahai, ringgan je.. Itupun tak boleh bawa ke ? ''
" Tak boleh la sbb tu minta tlg.. Ayon lelaki, kuat boleh la cerita.. Yg kt depan ni kaum hawa la "
then dia give up " okay okay "
-minta tolong pun nak berkira- (agkat meja smbil merungut) HAHA!


Time kat dapur, '' Ibu, akak teringin nak dgr ayat yg akk suka dgr bila ibu sebut "
Ibu : " Ye kew? Apa dia ? "
" Nasib baik ada kakak "
Ibu: " Mmg nak cakap pun, tapi lepas akk buat semua kerja ni "
Amboi, HAHA! Series ibu, bila ibu sebut empat patah perkataan tu buat akak jadi semangat nak buat
walaupun penatnya bukan kemain lagi.......... 




11.45 pagi :


At last, majlis yang dinanti berlangsung...
Keluarga pihak lelaki pun sampai...
Plus, gf abg ayon pun dtg....
Dan memulakan tujuan mereka...



Beberapa minit kemudian,
Mia masyita Amin, selamat ditunangkan...
Alhamdullilah, aku dari jauh tumpang gembira...
Jika itu yang terbaik untuk kau, aku jauh lebih gembira...
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik macam kau kak :)
Aku sayang kau kak :)


Later, aku borak dgn abg sedara aku...
Then aku tanya dia, " Macam mana study kat Unisel? Okay? "
'' Okay, kenapa ? "
" Tak ada saje tanya " 
Aku diam, dia pun diam...
Aku malas nak amek tahu lebih lebih....
Sekadar berbasa basi,...
Dia abg sedara yg best and sporthing...
And dialah photographer kitaorg :)


Aku ingat lagi ayat dia " Fuyoo, Hana Tajima la "
Then, " Hana Tajima pulak ''
I was smile for it :)


Pukul 4ptg :


Tengah rehat rehat, ayah pulak memulakan cerita...
Ayah cakap, bakal besan dia tu ( ayah abg akif ) time dtg peluk ayah bukan main lagi...
Sampai sakit dada ayah, yg ada kesan operation jantung dulu... 
Peluk kuat sgt and nasib baik ayah tak pakai butang yang tajam sgt mau terluka tu...
Bakal besan ayah, hmm.. Bukan je time dtg peluk... Balik pun peluk lagi...
lagi kuat plus lama... Kesian ayah... -ayah cerita ni, tak henti henti ketawa-
Series blog, at first tak rasa nak ketawa pun, fokus gila dgr ceta ayah plus ngatok pun ada....
Tapi sbb tgk ayah ketawa, tiba tiba rasa nak ketawa... 
Kau tahu, aku la yg ketawa paling kuat :)




Blog, the ends of my tit tot tit tot untuk hari ni...
See you for next story :)
Mata ni dah nak tutup dah...
Iloveyouuuuu....
Wish me luck for two paper more... Amin :)



































Friday, November 25

Sebuah pelangi :)




Pelangi itu indah kan ?
Seindah sebuah kehidupan...
Warna pelangi itu umpama sebuah jalan cerita yang diukir dengan pelbaagai corak....
Corak itu yang memperlengkapkan sebuah kehidupan....
Dan kita sahaja la yang mampu membentuknya sebagai apa....


Blog, kau sihat?
Aku rindu kau...
Blog, kau sudi tak dengar cerita aku ?
Mungkin jalan cerita aku tak seindah pelangi yang kat awan biru tu....


Blog, kau pernah tak bayangkan seorang gadis yang hanya dapat hidup untuk seketika...
Yang punya rasa hati yang mendalam kat lelaki tu.....
Tapi tak mampu ungkapkan rasa hati dia kat lelaki tu bila dia perlu pergi lebih jauh.....
Pergi untuk lebih jauh tanpa kembali lagi....
Peritkan sebuah kehidupan tu....
Walaupun ada kalanya kehidupan tu umpama kegembiraan yang tiada penghujungnya....
Kadang-kadang aku terpikir apa cara yang mampu bantu gadis tu untuk bagi lelaki tu tahu rasa
hati dia selama ni.....
Adakah melalui sebuah nota ringkas ? Atau sebuah doa untuk lelaki tu....
Aku yakin blog, pasti ada sesuatu yang mampu bantu gadis itu ungkapkan....
Hakikatnya, realiti tu menyakitkan....


Blog, aku sendiri tak tahu untuk apa atau apa tujuan aku type semua benda ni....
Tak tahu kenapa ?
Tiba tiba aku jadi terpikir.... 
Macam mana pulak jika gadis itu tahu lelaki yang dia suka tu dengan perempuan lain sebelum gadis itu sempat memberitahu hasrat hatinya....
Tuhan, itu satu kenyataan yang lebih sakit dari apa yang gadis itu rasa..... Kan ?
Dan, gadis itu hanya mampu memandang dari jauh bila lelaki itu dgn perempuan lain....
Sehingga maut menjemputnya....
Aku yang hanya memerhatikan keadaan itu tanpa buat apa-apa....
Kalau gadis itu mampu untuk satu pengorbanan yang sakit itu, apalagi kita yang masih hidup ni....


Blog, aku belajar sesuatu tentang itu....
Apa yang aku dapat, 
hargailah sesuatu selagi kita mampu....
Jangan lepaskan sesuatu yang paling bernilai.....
Kalau itu masih berlaku, anggaplah ia sebagai satu pengorbanan yang indah umpama pelangi tu :)
Ungkapkan sebelum terlambat....
Walaupun kita sedar, mencintai tu bukan bererti memiliki.... Kan ?






She is LOVE,

Monday, November 7

I'm Back




Happy Midnight Blog :)
Sebelum tu, Selamat Hari Raya Aidiladha :) 
*Lakukanlah sesuatu pengorbanan yang cukup indah.....*


Blog, tak sangka... 1 minggu lagi.... *SPM* 
Tuhan, aku harap ketika tu.. Aku kuat... Kuat untuk segalanya.....
Kau tahu, hari raya ni semua abg kakak dgn adik aku ada kat rumah..... Seronok sgt...
Dan tadi, kitaorg ada sesi menceritakan result masing masing.... Masing masing tersenyum...
Sampai sekarang, aku tak pasti aku nak jadi apa ? HAHA! 

Sekarang ni, kakak aku tengah buat persiapan nak bertunang.... Best jadi dia :)
Tumpang bahagia untuk kau sis :)


Blog, kau tahu.. Time aku type ni, kepala aku berat sgt.. Nak tido.. Dah tak larat sangat...
Sebab tadi, aku makan panadol plus ubat batuk... Batuk aku dah teruk sangat...
Dari tiga minggu lepas lagi... Mula mula biasa je... Lama-lama makin teruk... Sampai sekarang, tak sudah sudah.. Kau tak penat ke batuk? Okay (baru terlepas batuk)....
Tapi, aku still teruskan lagi sampai aku betul betul ngatok....


Esok kena bangun pagi, sebab aku ada '' Party Dorm'' 
The plan is Bowling time :)
Lama tak main ? HAHA! *Release tension sikit*
( sambil tersenyum ) , aku ingat lagi blog... 
Time first time aku main dulu... Pernah sekali tu, bola bowling tu ke belakang...Dan aku diketawakan. 
Sepatutnya ke depan kan ? HAHA! Rindu time tu...


Blog, cerita panas ni...  HAHA!
Hari tu warden ada cakap, ada satu blog ni... Dia kutuk asrama and warden... Sekolah aku pulak tu..
( sambil geleng geleng kepala ) Apa nak jadi la ni ?
Blog digunakan bukan untuk tu.... Kan? Dulu facebook ? Then twitter ? Later what ?
Aduhaaaaaaaaaaaaiiii................


Hari tu, aku jumpa Elisa Amalina :)
Satu sekolah tapi susah nak jumpa.
Time tu, sekolah ada buat anugerah... Series best anugerah tu :):) 
*Lisa lisa : Kau tengok aku tak? :)*
Satu sekolah tapi susah nak jumpa.... 
Nanti kita hangout okay ? Amoi mesti suka ni...


Then, on 10 Nov 11 :)
Kitaorg ada '' Party Hostel ''
Kau tahu, aku daftarkan nama aku kat '' Acara Karaoke ''
HAHA! *apa la kan..*    *blushing :/
Tapi apa salahnya mencuba... Last year kan ?
Satu je prob aku sekarang,  lagu apa yg aku nk nyayi ni... 
Rasa macam nak tarik diri je ? Sebab aku bukan sihat sangat pun....
Suara pun bukan sedap plus bagus pun ? ...
( tengoklah macam mana kan ? ) 


Blog, the ends for today... Mata aku dah tak larat dah ni... 
Sebelum tu, 


Aku khaskan ni untuk keluarga aku, guru-guru aku, rakan-rakan, kaum kerabat dan org yang mengenali aku atau tak, terkenal sekejap ke, friends aku kat Facebook aku dulu ke, org org yg berada disekeliling aku atau org org yang pernah menjadi sebahagian dari hidup aku plus org penting :)


Dears Guys,
First words, aku nak minta maaf andai ada silap aku yang melukakan hati hati korang tanpa aku sedar mahupun ketika tu aku cukup sedar apa yang aku cakap, apa yang aku buat, atau ada hati yang aku tak reti hargai ke, sepanjang korang korang dgn aku atau pernah dgn aku dulu... 
Ada aku terpukul kat mana mana ke, ada ayat aku yang menyentap hati sampai kau terasa dgn aku berhari hari , Atau terkasar bahasa atau ada ayat yang aku selalu aku keluarkan kat kau macam '' aku benci kau'' atau apa je, halalkan makan minum aku atau hutang-piutang dan ada aku terambik barang korang... Bagitaw aku t....
Maafkan aku, aku hanya manusia biasa.. Yang tak pernah lepas dari salah silap aku...
Jangan la berdendam dgn aku atau mendoakan kegagalan SPM aku... 
Aku sendiri belajar dari kesilapan... 




Sorry for everything :/




P/S: '' Memaafkan seseorang tu adalah sesuatu benda yang paling mulia '' Jadi, aku maafkan korang         
          semua yang ada salah atau tak :)

















Monday, October 31

Cerita Baru....



Blog, once again... Aku kat cc ni,.. Rindu kau :)
Lately ni, aku suka pergi sekolah..HAHA! Sekolah best...
Dan sebelum aku terlupa, hari ni bufday teyha....
Happy Bufday Siti Nur Fatihah Hamzah :) Sweet 17teen... At last, kau tua jugak :)
May God Bless you...Murah rezeki dan Panjang umur..... Sayang kau kawan...
Esok bufday Ain Munirah.... 

And lastly, Negeri Sembilan menang, Hobin Jang Hobin...*Bakal abg ipar menyirap je, sebab dia sokong terengganu :) *


        Create by.
        Your friends :)


Wednesday, October 26

Pertengahan ceritanya


Selamat pagi Blog :)
Tadi time aku keluar dari bilik aku, aku nampak ibu sorang sorang tegah tgk cerita indonesia.. Bila aku pandang ibu, ibu dengan tiba tiba bagi senyuman cukup manis kat aku pagi tu. Alahai ibu.. (Ni mesti ada pape ni) :) * Sekarang ibu tengah buat sarapan pagi :)*
Blog,awal tak aku bangun ?HAHA! Kau tahu, pagi pagi lagi, aku dah cari kau..... Rindu kau..
Hari ni, aku balik hostel :/ Nanti rindu ibu ayah, semua org la.. And sebelum tu, Happy Deepavali to All the Indian's :) Blog,semalam aku jumpa amoi. Then time aku nak balik tu, pak cik amoi cakap '' Esok jemputla dtg raya '' Aku '' esok pak cik ? '' Dgn muka blur... Then aku cakap, '' Oh okay,'' Baru aku paham..HAHA!


Kau tahu tak blog, lately ni aku asyik batuk je. Tak sudah sudah, Dari minggu lepas lagi. Tekak aku sakit, kepala aku pening sangat... Tapi, semalam aku dah makan panadol.. Insyallah okay :)


Kau tahu, sambil aku taip sini taip sana. Aku dengar lagu Janji by Akim :/
Sedih kan lagu tu ?


Aku dah TUTUP facebook aku dah... Blog, aku nak kau tahu. Aku bukan perempuan yang macam tu.. Kalau org dah tak nak, buat ap aku nak paksa org tu utk sayang aku balik.. ..Kan blog? 
Atau nak bomoh bomoh ke supaya dia balik kat aku..Agama aku bukan secetek tu...Dan aku bukan sebodoh tu.... Tak pernah terlintas pun....


Blog, ada seorang classmates aku ni. Dia pernah tanya aku? '' Fiqa, kau tak nak cari bf lain ke? WEH! buka la mata kau, ramai lagi lelaki dalam dunia ni.. Jauh lebih baik pun ada, semua ada .... Ke kau nak aku carikan? Boleh je. Kau nak yg mana satu.... Bla bla bla bla ... ''
Then aku cakap, '' Dah habis dah? Dah puas membebel? ''
Terdiam dia blog... '' Sorry kawan ''
'' Kau dengar ni, aku tak ada masa nak cari bf lain.. Masa aku kat benda lain.. Series, siapa pun yang kau rekamen kan tu. Kau lupakan la. Aku tak akan layan. Kalau aku layan pun, belum tentu dia ada tempat kat hati aku... Kau paham? Lagi satu, kalau orang tu jauh lebih baik macam kau cakap tu, dia tetap tak akan sama macam LELAKI TU.. Dari kau buang masa dan tenaga kau , carikan untuk aku. Baik kau jaga bf kau.. Jaga dia baik baik.. Sebab suatu hari nanti bila dia dah hilang dari mata kau, waktu tu baru kau menyesal.. Kau dah menyesal pun dah tak guna bila dia dah jauh dari kau... Sebab aku tahu kau sayang gila kat bf kau tu. So, jgn jadi macam aku... Hargailah dia selagi kau mampu ''


Kau tahu blog, sampai sekarang... Dia mana ada cakap lagi pasal tu. Kalau dia terlepas pun, dia mesti terdiam then tukar topik lain...
Kadang-kadang tersenyum aku tengok gelagat dia... Nasib baik, dia paham aku.... Since from that day, dia asyik cerita pasal bf dia, bf dia tu , bf dia ni.. *Maklum lah org tgh hangat bercinta **


SPM? Berapa hari je lagi, lebih kurang dua minggu lebih... :/


Blog.... Dulu aku break dgn dia sbb SPM.. 


Sedangkan dia, dia boleh je teruskan dgn SPM dia padahal dia tgh je couple dgn aku... Series aku hargai tu... Tak ada niat ap pun aku buat macam tu..
Aku  pernah je terasa dgn dia bila dia perli aku pasal study.. Tapi aku kuatkan hati aku...Dan aku pernah je terasa bila dia nak YOI jd bf aku... * Kau tak perlu buat macam tu pun... Aku dgn yoi tak de papepun... Series, aku terasa tu... Kau ingat aku perempuan macam apa, sesuka hati je passing sana passing sini.. Kau just tunggu pilih laki mana je yang aku perlu damping... Kan? Aku tak perlu kan sape sape utk atur hidup aku... Aku boleh je jaga diri aku sendiri.. Aku boleh je sayang diri aku sendiri... Sampai sekarang, aku tak boleh terima tu bila Yoi cakap macam tu... Yoi sebagai kawan kau pun, terkejut.. Inikan aku yang pernah jadi seseuatu dalam hidup kau... Murahnya harga perasaan aku kan? Sampai macam tu sekali kau anggap harga diri aku.... Kalau kau rasa tu satu pengorbanan... Kau silap, tuh bukan pengorbanan tapi kau dah buat aku benci kau...


One day,bila result SPM aku keluar nanti.. Aku tak berharap pun result aku segempak sape sape pun.... Tak semestinya bila aku break dgn dia, result aku akan sestraight sape spe pun...
Atau result aku tu akan lebih dri sape sape pun.... At least , aku cuba..
Aku ingat lagi, dulu bila aku couple dgn dia... Kitaorg mesti gado... Sampai kadang-kadang tu , aku rasa, aku bukan utk dia.. Aku bukan yang terbaik yang dijanjikan tuhan untuk diri dia.... Aku tak nak benda ni buat aku rasa terganggu.... Walaupun ada je yang menentang apa yang aku buat ni, ada tu yang menyokong apa yang aku buat.. Tapi yang pasti, waktu tu aku sedar apa yang aku buat.. Dan aku sendiri pilih untuk itu.. Lepas dari  hari tu, baru aku sedar aku dah salah pilih... Dan aku dah tak sempat nak tarik balik kata kata aku... 


Baru aku sedar, hari hari yang aku lalui tanpa dia sebenarnya buat aku lagi sakit.. Sebab aku dengan dia dah terlalu rapat.. Pergi mana mana je, mesti dgn dia... Bila hari hari yng aku lalui kini buat aku rasa aku sebenarnya aku seorang....


Aku type semua ni, bukan nak kau tahu isi hati aku atau apa je.. Atau nak kau balik pada aku... Atau nak malukan kau ke ... Tak! Bukan tu niat aku...


Bila kau dah tahu pasal ni Dan kalau kau dah berkenan atau dah tertarik dgn gadis lain... Teruskan, tak perlu jaga hati aku... Aku paham, kau berhak dapat yang lebih baik untuk diri kau... Kau dah patut ada gf pun :) Lagipun itu yang kau nak kan, Kau tunggu apa lagi? Aku akan tetap dengan diri aku.... Berseorangan tu mungkin lebih baik.... Mungkin suatu hari nanti bila aku dah masuk U, hati aku akan berubah... Dan aku boleh lupakan kau... Tapi aku tetap tunggu kau.... Sampai aku jemu :)


*Bila tengok kau bahagia, aku jauh lebihhappy **


Sorry for everything ...



Sunday, October 23

Itulah permulaan ceritanya....


Wahai blog. Rindu kau. Rindu nak taip sana, taip sini. Semua la... Sorry, aku tak ada masa..
Aku baru lepas study td and Aku tengok semua family aku dah tidur... Then tangan aku laju je tekan button on the pc... Series pagi pagi buta macam ni, sorang sorang buat hati aku sedih sgt... But a few minutes later... Then search the blogger. Facebook? Aku rasa tak perlu buat masa sekarang sebab nanti akan buat hati aku lagi sakit. Aku sendiri tak tahu kenapa... Pura-pura jadi kuat tu, lagi sakit kan blog? Pura pura tu mungkin lebih baik buat aku, dari aku perlu nampak lemah sgt depan lelaki tu. Biarlah, kalau kena menipu sekalipun... Blog, masa dah banyak berlalu. Macam macam yang dah berubah. Macam macam cerita.. Kadang kadang tu, aku rasa Fath Mui la gf aku, dia la bf aku.. Semuanya dia.. Sebab aku tak kan pernah tertinggal satu ataupun sikit pun cerita hidup aku sekarang kat dia... Aku dengan dia dah macam tak boleh berenggang, kalau berpisah pun. Mesti kena ada masa nak hangout together. Tak pun, borak la sampai lebam... Sampai penat... Sampai dah tak benda nak cerita...  Kini,semuanya dah jauh berbeza blog.. Dia dah jauh, aku pun... Tapi, kau tahu tak blog? Ayah cakap, dia nak hantar aku g cheras jumpa amoi cantik tu :) Sumpah! Im happy to hear that :)
Iloveyouu la ayah....


Tapi blog? Bila ayah hantar aku jumpa amoi atau jalan jalan dgn ibu dekat area cheras ... buat aku jadi sayu sangat... Kat situ la aku membesar, bersekolah, berkawan, kenal erti zaman remaja dan mungkin kenal erti LOVE ?HAHA! Mungkin juga....  Kau tahu tak blog, ayah sekarang dah boleh drive :) Cepat dari masa yang sepatutnya kan? Kau tahu, ayah sangat sangat kuat semangat... Bila aku tengok ayah macam tu, macam dulu dulu buat aku rasa.. hidup aku kembali seperti dulu dulu..
Sebab kini ayah dah ada masa untuk anak-anak gadis dia.. Alhamdulillah, Tuhan tu Maha Adil..
Tuhan amek ayah sekejap tapi Tuhan pulangkan ayah dengan sebuah kehidupan yan baru... Jantung yang baru bagi menyusuri hari hari ayah yang mendatang.. Yang nyata, sebuah cerita pasti ada pengakhirannya..... Satu keadaan , yang pasti ada alasannya...
Yang pasti, bersangka baiklah pada satu keadaan tu. Jangan sesekali meraguinya.. Walau sehebat mana pun kepayahan kita dan sesakit mana hati kita waktu tu.. Yakinlah, akan ada satu keajaiban yang indah akan berlaku.... Seperti aku kini... Aku dah rasa tu blog, aku bersykur sangat sebab aku adalah salah satu insan itu.. Sebab aku tahu, akan ada satu bintang yang indah datang dalam hidup aku... Aku akan tunggu saat saat tu blog...






Blog, sorry kalau malam ni ayat aku lain macam je.. Aku sendiri tak tahu kenapa? Sedih mungkin..
HAHA! Sampai terbawa bawa dalam blog :)















Sunday, October 16

14 Oct 11


Series, hari tu kelakar sgt :)


Dua masa terakhir, kelas sejarah,
Bila cikgu habis buat revision, ada suara yang menyampuk : Cikgu nak balik...
Cikgu pun bersuara: Balik, okay. Tapi kamu semua kena diam. Yang paling diam dan baca buku, saya      
                                  bagi kamu balik awal.
Then diaorg BERSORAK. 
Lepas tu semua senyap. (dah macam kat library plak )
tiba tiba ada pulak suara, 
*Syukri baca pasal sejarah bukan main kuat lagi....
Cikgu : '' Syukri, awak baca kuat sgt'' 
Syuk: Tadi cikgu suruh baca buku, saya tgh baca buku la ni.
Cikgu: ''baca slow slow, baca dlm hati...
Semua kembali diam,
Selepas beberapa minit tu,


Cikgu pun bersuara,
'' Syukri, awak boleh balik ''
Semua pandang dengki dgn Syuk... HAHA!
Muka nak humble je, terpana seketika...
Then, Syuk pun cakap,
'' balik cikgu ?''
Cikgu E : '' Ye''
Syuk ckp lagi, '' Saya minta maaf cikgu''
Cikgu angguk,
Sambil jinjing beg sekolah, Syuk ckp '' terima kasih cikgu..
Cikgu : '' ye ''
Syuk dtg kat meja cikgu...
Syuk : '' Cikgu, jgn lupa pergi solat jumaat''
Cikgu :'' Yew''
Syuk : Cikgu, hati hati taw.. '' sambil berjalan nak balik.
Cikgu angguk smbil pdg Syuk..
Syuk: '' Saya balik dulu....
Tiba tiba,
Cikgu E : Syukriiiii.... 
Syukri : '' Ye cikgu ''
Cikgu: '' Balik ke tempat awak sekarang... Banyak cakap betul...''

Time tu, elok elok semua senyap... Tiba tiba semua ketawa... Satu kelas bising...
Aku ni tukang memerhati je, then aku pun ketawa sekali.. Series kelakar...


Adaham : BODOOHH! 


Lagi la kitaorg ketawa... 
Rindu time tu...


In memory 2011 :)

Masyita Amin :)



07 Oct 11


Akhirnya, dirimu telah dirisik dan 26.11.11 adalah hari pertunangan kau. Aku happy untuk kau, kakak :) Tapi, bila kau dah kahwin nanti. Aku akan jauh dgn kau, lepas ni kita dah tak ada masa nk bergurau dah. Kegilaan aku akan terserlah tanpa kau. Series sedih, time kau bertunang tu, minggu aku SPM. Entah dapat balik ke tak. 


Aku sayang sangat sangat kat kau kak....
Aku bangga jadi adik kau :)
Jaga diri kau baik-baik. 


P/s: Kawan kawan anda dijemput hadir :)

Saturday, October 1

1 Bulan 12 Hari lagi.



SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 -14 NOVEMBER 2011,



Tuhan, pantasnya masa yang berlalu tu. Rasa takut, berdebar, tertekan.. Semua rasa ada =.='
Tanpa aku sedar, aku akan tamatkan zaman persekolahan aku. Dan yang paling sedih, aku akan tinggalkan kawan kawan aku. Nak jumpa macam selalu , isnin sampai jumaat. Aku mesti akan rindu pehimpunan pagi, lagu sekolah, ikrar sekolah, tidur time perhimpunan, tidur dalam kelas sebelum cikgu subjek hari tu masuk, borak sampai lebam, ketawa sampai keluarkan air mata, kegilaan aku dan mereka, cikgu cikgu yang sporting plus best.
Kawan-kawan yang terbaik plus terhebat, -membe ostel dan classmates, mereka yang SEMPURNA.
Yang menyempurnakan dan melengkapkan hidup aku. Aku sangat sangat menhargai hari hari aku bersama mereka. Aku tak pernah lupa tu. Tak kan pernah.




Dari hari pertama, aku datang kat sekolah tu dan jadi penduduk separuh tetap kat seremban tu. HAHA!
Series aku benci tu , aku susah nak sesuaikan diri aku bila dalam keadaan baru atau suasana yang baru macam tu..Plus, aku baru first time duduk hostel. Then jauh pulak dgn parents aku. Ya Allah waktu tu, memang dah down gila la. Dah rindu ibu ayah ketat ketat la. Tapi tu la kan, tuhan tak pernah salah dalam mengatur hidup setiap hambaNya. Semuanya tampak sempurna, hebat. Dan aku akui itu.




Korang semua adalah insan insan terhebat yang pernah berlaku dalam hidup aku.
Kenangan terindah yang tak akan aku luputkan dari kotak hati dan minda aku.
Terima kasih sebab selalu ada untuk aku dalam apa jua keadaan susah senang,
sakit dan jatuh bangun aku, sedih plus gembira yang menghiasi di setiap genap dan ruang
hidup aku. Aku kuat sekarang sebab korang, mungkin tanpa korang. aku akan tetap macam tu.
Terima kasih sebab tak jemu jemu bagi aku kekuatan dan semangat.
Kini semua memori indah tu berputar kembali, Ya Allah hebatnya jalan cerita hidup aku yang kau telah kau tetapkan dari Loh-mahfuz lagi. Aku sebagai wataknya dan engkau sebagai penulis terunggul tu :)
Terima Kasih tuhan,



Tuesday, August 30

Selamat Hari Raya Aidillfitri :)


* Create this memo for all my special person in my life....


Sahabat, selamat hari raya aidilfitri. Sebagai manusia biasa, aku tahu tanpa aku sedar ada hati yang tersinggung dengan sikap aku. So, aku tahu aku tak pernah lari dari kesilapan. Kesilapan yang nyata mahupun tak nyata , kesilapan diluar sedar atau dalam sedar, kesilapan yang tanpa disengajakan atau tidak. Pendek kata, atas segala kesilapan yang aku lakukan dari segi perbuatan dan perkataan. terkasar bahasa,terpukul kat mana mana. Atau tersinggungkan mana mana hati dan perasaan, marah tak tentu pasal, cakap kasar ke, .Halalkan makan dan minum , hutang-piutang, tercarut carut kat mana mana ke. Itu atas khilaf aku sendiri. Lupakan benda ynag lepas. Anggap je la time tu, aku emosi yang melampau. 
Maafkan saya, afiqah amin. Saya manusia biasa. 


P/s: Selamat beraya semua, pada kawan kawan yang ada paper lagi lepas raya. Jangan la nak raya sgt kan :) Jaga diri, And jgn lupa update gambar raya yeww :)

Fath Mui


First words to say is Imissyousodamnmuch! Tak ada ayat lain dah amoi :)
Since aku pindah rumah ni, aku mmg dah jarang jumpa kau plus susah la nak jumpa kau ni.
Banyak benda nak story. Just last friday hari tu, sempat gak jumpa si amoi sorang ni, lepak rumah dia macam dah tak ingat ada rumah dah. Semata-mata nak tebus masa yang berlalu macam tu je.


P/S : Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maafkan atas segala tingkah. ILOVEYOUU syg :)


*Lang loi' truthly Imissyouu...

Monday, August 29

Elisa Amalina


Sejak kau keluar asrama and jadi budak luar, aku rasa lain sangat doe. Dulu kalau kau ada, kau tak pernah jemu dengan ceta kau pasal justin bieber kau tu. Naik bosaan aku doe. HAHA! And kau selalu dengan story pasal capital P kau tu. Aku suka dengar lisa. Walaupun kadang-kadang tu kau mesti tercerita benda yang sama je hampir setiap saat pasal dia. Aku tak pernah jemu, kau pun sebaliknya. Kau tak pernah jemu dengar aku cerita pasal lelaki itu. Aku tak pernah lupa lisa bila kau akan ulang ayat sama je. '' tuh la, salah kau jgak '' , '' tu la salah kau'' ,'' padan la dengan muka kau and bla bla bla... I'm in love lisa :) itu je yang aku tahu. Lisa, aku minta maaf bila aku halang kau dri keluar asrama dulu tu. Tak de niat aku nak buat kau sedih. Aku rasa, kita hampir bertenggang urat gak pasal keputusan kau nak keluar asrama tu. Sampai aku dah tak tahu nak cakap apa. Penat doe halang kau. Tapi at last, aku sedar yang mungkin ada baiknya aku terima je apa yang mungkin terbaik ntuk kau. Siapa aku nak halang benda baik dalam hidup kau ? Kau sendiri cakap yang kau nak keluar sebab nak belajar, nak tusyen semua and most important kau nak tenangkan hati dan fikiran kau. Then, I decide to accept your decision. 


Aku tak nak kau keluar sebab aku tahu kita tak akan rapat macam dulu lagi. Aku pretty sure la yang aku akan rindu kau punya. Siapa lagi teman aku bercerita, siapa lagi teman aku mengadu. Yes, aku tahu aku still ada teyha, ika and yg lain semua. Tapi tak sama dengan adanya kau. Jauh berbeza. Sekarang ni, tak adanya kau kurangla kawan kawan kita since nao keluar dulu. Then, kau pulak ikut jejak nao. Nao pun aku tengok jarang dah nak berborak dengan kita semua lagi. setakat bertegur je. Sedih doe...


Lagi satu, sejak kau tak ada ni.. Aku kena menghadap musuh ketat kita bersama, sengsorang tahu. 
si Jijan yang psycho tu. jyerrrkkk! tolong la nyah. Benci weh tengok muka dia. Lagi-lagi time buka puasa dengan pengetua hari tu, aku duduk menghadap dia weh! Aduhh, kau tahu. Aku nak makan pun tak selesa, jadi tak lalu aku nak makan. Aku rasa si psycho tu asyik perhatikan aku je. Sje la nak bagi aku cuak tu. Ah! Tak luak pun la. *P/S: tapi kan seram sejuk gak doe.....


And aku lupa nak story kat kau, yang ada hari tu. Aku mimpi dia. Dia datang dengan kawan kawan dia, nak culik aku. Nak bunuh aku doe. Ya allah, apa punya mimpi la tu. Mengarut je! HAHA! Macam-macam doe.


Bila kau tak ada ni lain macam doe. Hari-hari yang aku lalui pun rasa pelik sgt. Lagi-lagi, aku selalu breakfast dgn kau. Nanti siapa lagi yang nak breakfast dgn aku. Mesti lain punya la. Siapa lagi nak duduk kat kerusi kayu yang kat depan pintu pagar asrama tu, kalau bukan kau atau aku yang tunggu kau atau aku siap nak g kelas. Kalau aku lambat, mesti muka kau bengang je. Then kau mesti cakap '' Tak pe min, tahun depan je la breakfast'' HAHA! :(  Series aku rindu tu sgt sgt saat tu. 
Siapa lagi yang nak ajar aku sejarah dgn math selain teyha. Siapa lagi nak tego aku kalau aku asyik borak borak je kat prep t. Series, aku rindu sgt kat kau :(


The most thing that I never forgot is, bila time kau nak gerak dah. Kau dgn semua barang barang kau. Time tu, aku still tak percaya yang kau akan tinggalkan kita semua. Aku sedih bila aku tengok ika nangis. Bila aku tengok air mata ika tak henti henti turun , tiba tiba aku rasa ad air mata yang mengalir. Ya Allah, sebak sangat situasi tu. 


Dulu kita selalu berempat, sekarang bertiga. Lepas tu, berdua ?


Elisa Amalina, esok birthday kau kan ? 30 Ogos 94. 
So aku nak jadi orang yang terawal wish kau. 
HAPPY BORN DAY ELISA AMALINA,
MAY GOD BLESS YOU. Iloveyouuusodamnmuch! 


*P/s: Aku nak kau tahu, aku sangat menghargai kehadiran kau dalam dunia ni sebagai kawan baik                
         aku. Ingat tu sampai akhir hayat aku.


Aku separuh mati rindu kau. *Waaaaaahhhh :)
Jaga diri kau baik baik, aku tak dapat nk tgk keadaan kau lagi :(
Esok raya lisa! HAHA!
* Aku nak minta maaf dekat kau sedalam dalam hati aku andai ada perbuatan aku, sikap mahupun tingkah aku dan perkataan aku yang ada menyinggung perasaan kau selama kita berkawan ni. Maafkan aku untuk segalanya. Aku manusia biasa lisa, yang tak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan. Doakan kejayaan aku, begitu gak sebaliknya. Halalkan ilmu yg kau curahkan kat aku dan halalkan makan minum jika ada mahupun dari segi lain.


Selamat Hari Raya Aidilfitri. 
         





Ramadhan Al-Mubarak.


Mungkin semalam adalah solat terawih yang terakhir dan hari ini merupakan puasa yang terakhir dalam tahun ini. Harap-harap kita masih dapat melaksanakan ibadah puasa pada tahun hadapan. Insyallah. Amin. 


Sayu bila bulan Ramadhan kini, pergi tinggalkan kita semua. Alhamdullillah, bila tuhan masih memberikan kita peluang untuk merasa nikmat pada bulan mulia ini.


Aku masih ingat, bila Ramadhan mula datang menjenguk. Sedih sangat dengan keadaan sekarang yang semakin tak menentu. Aku tahu, tuhan tidak kejam pada umatnya. lagi-lagi siapa aku untuk mengeluh dengan semua yang terjadi. Mungkin orang lain tak mengerti apa yang aku rasa......


Aku tak pernah lupa, keluarga aku la yang paling gembira menyambut bulan mulia ni. Siapa yang tak gembira bukan? Aku pasti orang lain juga merasa benda yang sama. Tapi sejak ayah sakit, semua macam hambar. Serinya seperti kurang. Macam ada yang kurang. Dulu ayah la yang selalu masak untuk juadah berbuka puasa. Sayu sgt, kalau aku tak dapat lagi nak rasa makanan kegemaran aku yang selalu ayah buat bila bulan ramadhan itu tiba. Tapi alhamdullillah, ayah buat jugak walaupun keadaan ayah macam tu. Terima kasih ayah. Ibu pernah cakap, ayah buat tu semua bila anak anak ayah ramai yang balik. Kalau korang tak ada, tak ada la ibu merasa. Ibu,ibu :)


Ayah pernah cakap, ''alhamdullillah, ayah masih dapat merasa nikmatnya bulan mulia ini. Cuma ayah tak dapat tunaikan solat sunat terawih tu. Ayah sedih, bulan lain tak sama dgn bulan ramadhan yang mulia ni ''


Ramadhan mengajar aku sesuatu. Aku rasa berdosa dengan dosa yang pernah aku lakukan. Ampuni aku tuhan.....


P/S: Ayah, insyallah. Mungkin ada bulan ramadhan lagi untuk ayah.



Sunday, July 17

15 OGOS 2011



02 Ogos 2011,
Exam lagi, lagi, dan lagi. HAIYOO.

Lepas tu, terus sambung TRIAL SPM.

Ayah.


Ayah semakin kurus, ayah dah tak hensem , dah tak tembam. ayah dah tak comel plus buncit macam dulu. HAHA! Pipi ayah nampak cengkung. Bila akk paksa ayah makan banyak, ayah tak nak. Bila akk tengok ayah kat hosp hari tu.Baru akak sedar yang sebenarnya ayah dah tua. Ayah dah tak kuat macam dulu. Tapi macam mana pun keadaan ayah sekarang, akak tetap sayang ayah. Macam mana tua pun ayah nanti, akk pasti ada untuk ayah. Ayah jangan risau.

Bila akk gtaw ayah yang akk tak dapat PLKN, ayah senyum. Ayah cakap* Bagus la akk tak dapat PLKN, buat rosak badan akk je. I was smile for that words ayah, apa la ayah ni. macam tu plak. Hari ni, akak balik hostel. I pretty sure that I will miss ayah and ibu.

Sunday, July 3

Syaffiq



Syaffiq kau tahu tak ? Aku rasa macam nak sepak je muka kau time baca IM kau. Aku dah la tengah lapar gila ah time tu. Lepas tu, kau ajak borak plak. Mmg sedap ah! Nak dgr ceta kau tu tak apa lagi. Ni tak , dgr plak kau membebel. Ayoyoyoyoyoooo.....
Memang ah, lagi lama mcm tu. Aku rasa, mmg aku dah makan kau dah. HAHA! Bila aku cakap aku mmg lapar gila time tu. Then aku ajak kau teman aku makan kat mana mana je. Asalkan aku ada teman nak borak. Kau boleh buat lawak plak, kau suruh aku makan kat rumah dila. suruh mak dila masak, tak pun kau suruh aku masak. Mmg cantik ah kan. gggggggggggrrrrrr =='

Sunday, June 26

25 JUNE 2011



Hari ni, tengok ayah lagi. Ibu cakap, ayah dah sedar. Ayah dah boleh cakap sikit.
Then, sampai turn aku tengok ayah plak. Dari jauh, aku dah nampak ayah. Lega sangat tengok ayah bila ibu suapkan ayah bubur. Bila jadi macam ni, aku nampak kasih sayang ibu pada ayah, cinta ibu menebal pada ayah, kesetian ibu jaga ayah tanpa jemu even penat. Ibu setia di sisi ayah, ibu buat aku sedar yang ibu dan ayah insan yang terhebat pernah aku ada.

Bila aku dah hampir dgn ayah, ayah hulurkan tangan. Aku salam ayah, then ayah tak lepaskan tangan aku, terharu sgt. Sebak bila ayah buat macam tu. aku tanya keadaan ayah. Ayah cakap dia okay, terus ayah tunjuk bahagian dada dia, panjang sgt jahitan tu, ayah cakap lagi yang dia sakit dada. bila ayah nak batuk, dia rasa dada dia perit, sakit sgt. *ayah kena kuat.

Esok, akk tengok ayah lagi.